- Keseluruhan penyataan yang terkandung dalam laman web ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah.
- Bakal ahli ezReload dan bakal pengiklan di laman web ini mesti membaca dan memahami kesemua Terma & Syarat, Polisi, Penafian, Panduan, dan Soalan Lazim, sebelum meneruskan pendaftaran, tempahan, dan pembayaran. Semua persoalan yang ditanya dan terdapat jawapannya di dalam perkara-perkara tersebut di atas tidak akan dilayan sama sekali.
- Keahlian ezReload terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad. MyKad yang tidak sah TIDAK akan dibayar sama sekali apa-apa nilai yang diperolehi sepanjang penyertaan. Pihak ezReload juga berhak menarik balik segala pendapatan dan melucutkan keahlian serta membatalkan mana-mana penyertaan yang dikenalpasti menipu atau membuat cubaan menipu atau mencurigakan atau menggugat keselamatan syarikat.
- Yuran keahlian dikenakan sekali seumur hidup. Tidak ada yuran bulanan, yuran penyelenggaraan mahupun yuran tersembunyi, melainkan tindakan disiplin berbentuk denda, pergantungan, dan lucut keahlian bagi sesiapa yang melanggar polisi & etika keahlian ezReload.
- Yuran keahlian adalah sama sekali BUKAN pembayaran untuk mana-mana item Istimewa, Percuma & Bonus, yang merupakan insentif atau hadiah saguhati yang disediakan oleh pihak ezReload untuk tujuan promosi. Pihak ezReload berhak untuk mengubah, menambah, mengurang, atau membatalkan sebahagian atau kesemua mana-mana item tersebut tanpa perlu diberitahu.
- Pihak ezReload tidak pernah dan tidak akan bertoleransi terhadap sebarang aktiviti SPAM sewaktu melakukan pemasaran. Setiap ahli diwajibkan mematuhi etika pemasaran internet global ini. Mana-mana ahli yang melakukan aktiviti SPAM, membuat cubaan SPAM, atau melakukan apa sahaja aktiviti yang menjurus ke arah SPAM, akan dilucutkan keahlian ezReload serta merta, tanpa sebarang amaran, dengan baki dalam akaun ditarik balik serta nombor MyKad disenaraihitam.
- Program ini berkonsepkan 'Paid-To-Promote' (PTP) dengan insentif 'Pay-Per-Click' (PPC). Klik dibayar untuk tujuan promosi oleh manusia kepada manusia secara online, dengan cara berhemah, bertempat dan betul.
Disebabkan demikian, sebarang aktiviti yang tidak membawa sebarang tujuan promosi tetapi hanya bermotifkan pendapatan melalui klik adalah tidak wajar dibayar. Antara aktiviti yang melanggar konsep di atas adalah:- Klik dan pendaftaran yang terhasil daripada sebarang aktiviti bersifat lucah atau berunsur lucah atau berbaur lucah
- Klik dan pendaftaran yang terhasil daripada sebarang bentuk penipuan yang jelas dan nyata
- Klik yang terhasil daripada sebarang aktiviti 'fraud'
- Klik yang diautomasi oleh 'auto-surf'
- Klik yang berpunca dari 'manual-surf': 'memaksa' orang lain melihat iklan yang mereka sendiri tidak berminat untuk melihatnya, tetapi semata-mata bertujuan menjana pendapatan dari aktiviti 'surfing'
- Klik yang berpunca dari 'proxies' yang tidak berkenaan
- Klik yang mencurigakan dari segi punca trafik
- Klik yang mempunyai kadar 'conversion' (nisbah klik:daftar) kurang dari 0.5% (berkuatkuasa 1 Januari 2011).
- Klik yang tidak bermotifkan promosi
- Amaun Kredit dalam akaun ahli adalah dibayar dalam 2 bentuk, iaitu (pertama) disalurkan ke nombor telefon ahli setiap hari jika tidak kurang nilai minimum RM10.00, atau (kedua) dibayar ke akaun bank ahli setiap bulan jika amaun tidak kurang nilai minimum RM10.00.
- Bagi bulan semasa, pembayaran ke akaun bank adalah di antara 1hb hingga 3hb bulan berikutnya. Nilai amaun yang kurang dari nilai minimum RM10.00 akan dibawa ke bulan hadapan. Kos pemprosesan sebanyak RM1.00 dikenakan untuk setiap pembayaran ke akaun bank, manakala tiada kos dikenakan untuk pembayaran terus ke telefon bimbit setiap hari.
- Bayaran hanya akan dibuat kepada ahli yang memegang nilai 'conversion' 0.5% dan ke atas sahaja. Ahli yang tidak mencapai nilai tersebut akan diletakkan status 'on hold' sehingga nilai tersebut dicapai.
- Ahli boleh membuka dan menutup akaun pada bila-bila masa yang diinginkan. Akan tetapi akaun yang telah ditutup tidak akan dapat dibuka semula dengan nombor ID yang sama. Sebaliknya ahli tersebut perlu mendaftar semula dengan yuran pendaftaran yang baru.
- Semua klik yang datang dari IP unik dalam masa 24 jam adalah direkodkan, namun hanya klik yang datang dari IP dari Malaysia sahaja dibayar, dengan kiraan 1 klik untuk 1 IP dalam tempoh 24 jam. Sekiranya terjadi 2 IP yang sama dalam tempoh 24 jam, maka klik yang kedua dengan IP sama akan dibatalkan dengan transaksi (bermakna rekod tidak dipadam, tetapi dibuat penolakan kredit dengan perkara "Duplicate").
- Ahli tidak dibenarkan mendaftar downline SMS melalui YM. Ahli yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan denda RM30 untuk setiap downline yang didaftarkan melalui cara tersebut.
- Ahli TIDAK dibenarkan berkongsi satu akaun dengan ahli lain. Sekiranya terjadi sedemikian, pihak ezReload tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.
- Pihak ezReload berhak menukar atau mengubah mana-mana Terma & Syarat, Polisi, Penafian, Panduan, dan Soalan Lazim dari semasa ke semasa, mengikut keperluan, demi kepentingan semua pihak, tanpa diberitahu.
- Pihak ezReload berhak mendenda atau menggantung atau melucut keahlian mana-mana ahli, dari semasa ke semasa, mengikut keperluan, demi kepentingan semua pihak, tanpa perlu diberitahu.
Terma Dan Syarat
Langgan:
Catatan (Atom)